TAHNIAH KEPADA PENAUNG PERSATUAN KAMI, SPSAA YANG DILANTIK SEBAGAI TUAN YANG TERUTAMA KE-11,
SABAH
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Musa Aman telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Tun Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, baru baru ini.
Tun Musa, 73, dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sabah, bagi tempoh empat tahun bermula 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2028.
Pelantikan Musa adalah bagi menggantikan Tun Juhar Mahiruddin (TYT ke-10) yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Dis ini, selepas menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Jan 2011.
No comments:
Post a Comment