NOSTALGIA MENGGAMIT RASA
Bila En. Tony Lim, Ahli Jawatankuasa St Paul Beaufort Alumni Association selaku Penyelaras Blog dan FB St Paul Alumni meminta saya menulis sedikit artikel mengenai kerjaya dan pengalaman saya bertugas di sekolah ini, saya merasa seronok tapi dalam waktu yang sama merasa ragu tentang apa yang perlu dicoretkan serta dikongsi bersama pembaca.
Saya Cikgu Mohd Khalid bin Adnan bertugas selama 9 tahun di sekolah ini bermula Jan 1975 hingga Dis 1983. Saya merupakan guru terlatih pertama dari Semenanjung yang dilatih di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu yang dihantar bertugas di sekolah ini. Bersama saya Cikgu Abtholudin Mahmud dari Maktab Perguruan Sultan Idris Tg Malim Perak. Pertama menjejakkan kaki di Stesyen Keretapi Beaufort, saya terkejut melihat lautan air menggenangi seluruh pekan hingga ke kaki lima stesyen keretapi. Bangunan bertiang dan bertangga akhirnya menjawab persoalan di benak fikiran. Hampir saya menangis sayu dalam kebingungan tanpa arah tujuan. Mujur rakan-rakan dari Sek Men St John seperti En Muda Ngah dan En Sarjunie Mohamad memberi tumpang dan panduan. Sejak itu fenomena Beaufort sebagai Venice Timur menjadi biasa pada saya dan rakan-rakan terkemudian.
Sekolah ini memberi ruang dan peluang kepada semua, baik pelajar atau tenaga pengajarnya untuk menyerlahkan bakat dan penglibatan dalam berbagai aktiviti dalam dan luar sekolah. St Paul sinonim dengan kehebatan sukan dan permainan, khidmat sukarela, seni dan budaya. Saya aktif dalam sukan badminton, hoki dan bolasepak di peringkat daerah, pertandingan drama dan teater serta menamatkan 3 tahun latihan pasukan askar Wataniah tempatan.
Keistimewaan Beaufort terletak kepada kemajmukan penduduknya yang berbilang bangsa, suku kaum, agama, adat dan budaya. Antaranya suku kaum Bisaya, Brunei, Murut, Kedayan, Lundayeh, Kadazan, Bugis, Jawa, Cina, Dusun, Timur, Filipinos dan lainnya. Menariknya mereka dapat bergaul dan hidup bersama dengan aman dan harmoni. Sebenarnya konsep hidup 1Malaysia sudah lama dipraktikkan di Beaufort ini.
Kepada anak didik yang masih menuntut di sekolah ini, tanamkan daya saing dan daya juang dalam menuntut ilmu sebanyak mungkin daripada guru-gurumu. Harus ada saling persefahaman dan rasa hormat sesama warga sekolah. Disiplin diri kunci kepada kejayaan tanpa perlu paksaan undang-undang dan peraturan.
Khalid Adnan
Bekas Guru
1975-1983
ReplyDelete$$$ GENUINE LOAN WITH 3% INTEREST RATE APPLY NOW$$$
Do you need finance to start up your own business or expand your business, Do you need funds to pay off your debt? We give out loan to interested individuals and company's who are seeking loan with good faith. Are you seriously in need of an urgent loan contact us.
Email:perfectfinancialcredite@gmail.com
LOAN APPLICATION DETAILS.
First Name:
Last Name:
Date Of Birth:
Address:
Sex:
Phone No:
City:
Zip Code:
State:
Country:
Nationality:
Occupation:
Monthly Income:
Loan Amount:
Loan Duration:
Purpose of the loan:
where did you hear about us;
Email:perfectfinancialcredite@gmail.com